Selamat datang ke blog Agrofarm. Sila dapatkan maklumat yang telah kami sediakan dan komen serta ulasan anda amatlah dialu-alukan

Galeri Gambar

Rabu, 3 Jun 2009

Mitos Daging Kambing

Mengapa setelah menyantap daging kambing badan terasa panas kegerahan? Sebabnya, pembakaran kalori oleh tubuh akan menghasilkan panas berlebih. Tapi justru reaksi ini disalahtafsirkan oleh kebanyakan orang katanya daging kambing diyakini sebagai pembangkit gairah pada lelaki. Padahal, dengan menyantap daging kambing berlebihan dan terlalu sering justru dapat mengancam potensi seksual laki-laki.

Apa pasal? Tingginya konsentrasi lemak dan kolesterol malahan dalam makanan pada jangka panjang akan meningkatkan kepekatan darah yang dapat menyumbat pembuluh darah penis. Kalau sampai terjadi, darah menuju penis akan terhambat. Akibatnya pasokan darah kaya oksigen jadi terbatas sehingga impoten.

Selain digembar-gembor sebagai pembangkit gairah, daging kambing juga sering dituduh sebagai pencetus darah tinggi dan penyebab kematian mendadak. Sebenarnya jika dibandingkan sapi, kandungan lemak dan kolesterol daging kambing lebih rendah. Patut diragukan tuduhan daging kambing sebagai pemicu darah tinggi yang disertai sakit kepala atau serangan stroke yang mematikan.

Pro-kontra muncul. Entah bagaimana ceritanya, daging kambing dipercaya mempunyai kemampuan aprodisiak, kemampuan dalam meningkatkan gairah seksual pria. Yang jelas anggapan itu sudah lama berkembang di masyarakat. Dan cerita tersebut memang ada benarnya.

Kalau diamati, secara fisik serat daging kambing tak jauh beda dibanding dengan daging merah lainnya dari domba, sapi, dan kerbau. Dibanding dengan daging domba umpamanya, keduanya sama-sama bertekstur halus. Warna dagingnya pun tak terlalu berbeda meskipun daging kambing biasanya berwarna lebih pekat.

Perbedaan mencolok dengan daging ternak lain sebagaimana dilansir Intisari, justru aromanya. Daging domba, sapi, atau kerbau beraroma amis saja, sedangkan daging kambing beraroma menyengat (orang Jawa bilang prengus). Selain itu, lemaknya lebih putih dan keras.

Apa yang dikatakan orang soal daging kambing dapat meningkatkan potensi seksual seseorang, menurut Dr. Muhilal dari Puslitbang Gizi Bogor, ada kemungkinan benar. Orang menyatakan begitu berdasarkan pengalaman nenek moyang. “Tapi kalau dikaji secara ilmiah harusnya kan diteliti dulu. Tapi data itu tidak ada, sehingga dasarnya saling percaya saja,” jelas Dr. Muhilal.

Sebaliknya, ahli gizi ini kurang sependapat dengan kemungkinan keperkasaan seorang pria setelah makan sate kambing akibat energi yang diperoleh dari lemak sate. Dari segi farmakologi, bisa jadi daging kambing mengandung senyawa mirip hormon seks pria. Namun, sampai saat ini belum ditemukan dasar ilmiah untuk menyatakan daging kambing bisa meningkatkan potensi seksual kaum pria.

Yang didapat oleh mereka yang memakai makanan atau minuman aprodisiak itu bukan peningkatan potensi, melainkan lebih pada sensasi seksual. Akibat sensasi tentu saja seseorang jadi bergairah. Tetapi, potensi tetap saja segitu

"(Sumber : http://www.lampungpost.com/cetak/berita.php?id=2008120621424217)"

Kelebihan - Kelebihan Kambing

Kambing atau nama saintifiknya Capra Aegagrus merupakan spesis mamalia yang dipelihara sebagai ternakan. Terdapat juga kambing liar yang tinggal di kawasan berbukit dikenali sebagai kambing gurun dan ia merupakan haiwan yang dilindungi. Kambing adalah haiwan pemakan daun atau maun.

Makanan utamanya adalah rumput-rampai dan dedaun pokok. Seekor kambing dewasa memerlukan 4 – 5 kg rumput segar sehari. Penjagaan makanan amat perlu dititikberatkan. Ini kerana, selain daripada aspek pencemaran habitat (persekitaran kandang), kebanyakan penyakit yang dihidapi oleh seekor kambing adalah berpunca daripada pencemaran makanannya sendiri. Oleh itu, pemberian makanan yang seimbang perlulah difahami agar kesihatan dan kecergasan kambing dapat sentiasa dikekalkan. Jenis-jenis makanan yang boleh diberikan perlulah dirujuk terlebih dahulu dengan penternak yang telah sedia ada. Ini kerana makanan yang diberikan oleh setiap penternak dan kandang adalah berbeza.

Kambing membiak dengan cara melahirkan anak dan menjaga anaknya sehingga dewasa. Penjagaan yang rapi serta betul perlulah diberikan sewaktu kambing ingin melahirkan anak. Tindakan-tindakan kambing sewaktu melahirkan anak dan selepas melahirkan anak ada menunjukkan perbezaan. Namun, terdapat juga kambing yang kurang mahir menjaga anak yang baru dilahirkan kerana keletihan terutamanya bagi kambing bunting kali pertama. Kolestrum atau susu awal amat penting bagi anak kambing yang baru dilahirkan. Sekiranya ibu kambing mati, ibu kambing tumpang mesti disediakan bagi memastikan anak tersebut mendapat kolestrum. Jika proses penyediaan ibu tumpang tidak berjaya, penternak perlu berperanan lebih aktif dengan memerah susu ibu tumpang untuk diisikan dalam botol susu lalu diberikan kepada anak kambing itu.

Jika dirujuk kepada kitab-kitab kisah para Anbiya’, ternyata sekali ternakan kambing adalah salah satu sunnah dalam kehidupan para ‘Anbiya seperti Nabi Syuib, Nabi Musa dan Nabi Muhammad. Dalam kitab Qasas al-Anbiya, Ibn Katsir menyatakan anak nabi Adam, Habil merupakan penternak kambing yang pertama di muka dunia. Dalam sebuah mafhum hadis yang sanadnya disandarkan kepada Said al-Khudri menyatakan bahawa Rasulullah pernah bersabda, “Akan tiba suatu masa dimana kambing merupakan sebaik-baik harta bagi orang Islam. Orang Islam akan memeliharanya di puncak-puncak bukit dan di lembah-lembah, hidup terpencil dari masyarakat demi memelihara agama daripada ditimpa bencana”. Malah menurut Abdulah bin Mas’ud semasa beliau bertugas sebagai gembala kambing milik Utbah bin Mu’aith, susu kambing segar merupakan minuman kegemaran Rasulullah dan baginda meminumnya secara langsung setelah diperah dari tetek kambing betina. Secara tidak langsung, semua fakta ini menunjukkan betapa kambing itu merupakan satu kepentingan asasi dalam kehidupan manusia.

Selain daripada tanduk dan kulitnya yang boleh dijadikan perhiasan, kambing juga merupakan sumber utama susu (white gold) yang berkhasiat dan daging yang berzat (red gold) jika dibandingkan dengan spesis ternakan lain seperti lembu, kerbau dan unta. Susu kambing adalah makanan semulajadi berkhasiat yang diperlukan untuk kesihatan badan seharian. Ianya sesuai untuk semua lapisan umur. Susu ini boleh diminum panas atau sejuk malah boleh dibuat dadih, ais krim, keju dan mentega. Pada masa sekarang industri kosmetik mengeluarkan berbagai produk berasaskan susu kambing seperti syampu, krim muka, sabun, pewangi dan juga krim pencukur.

Antara keistimewaannya ialah:-
• Mengandungi protein, enzim dan vitamin A yang baik untuk mata serta vitamin D untuk menguatkan tulang.
• Mengandungi faktor anti-antritis (inflamasi sendi) dan anti barah.
• Diperakui oleh pakar-pakar kesihatan bahawa susu ini boleh mengubati demam kuning, penyakit kulit, gastrik, lelah (asma), insomnia dan ulcer.
• Mudah dihadam kerana zarah lemaknya lebih kecil.
• Khasiat susu kambing yang disimpan sejuk atau sejuk beku tidak akan berubah kualitinya.

Lantaran ini susu kambing merupakan ubat atau penawar berkesan bagi penyakit-penyakit seperti:-
o Demam kuning (jaundis)
o Penyakit Asma (lelah)
o Gastrik dan ulser perut
o Eczema (penyakit kulit)
o Migrain (sakit kepala)
o Mengetatkan kemaluan wanita (faraj)
o Menguatkan tulang

Sementara daging kambing atau chevon (red gold) yang berzat lagi sedap dimakan dikenali sebagai “naturally occuring health meat” yang memiliki ciri-ciri berikut, iaitu:-
• Kalori rendah
• Kadar lemak rendah
• Nisbah lemak tidak tepu/lemak tepu tinggi
• Kandungan kolestrol rendah
• HDL-C tinggi dan LDL-C adalah rendah
• Mampu menghindari penyakit jantung sebagaimana yang dinyatakan oleh Dr.John R.Addrizzo (MD) dalam artikelnya, “Use of Goat Milk and Goat Meat as Therapeutic Aids in Cardiovascular Diseases”
• Menurut kajian Dr.Peter J.D’Adamo – daging kambing amat sesuai untuk jenis darah ‘O’, ‘B’, dan ‘AB’ yang dimiliki oleh seramai 75% rakyat Malaysia.

dipetik dari (http://www.123agrofarm.blogspot.com/2009/03/khasiat-susu-dan-daging-kambing-part-2.html)

Jumaat, 29 Mei 2009

Peta ke Tok Seri Buak Agrofarm

Sila Klik Pada Gambar Untuk Versi yang Lebih Besar




















Para pembeli atau pengunjung boleh menggunakan peta di atas sebagai panduan untuk ke Tok Seri Buak Agrofarm.

Rabu, 22 Oktober 2008

Jualan

*Promosi daging kambing boer 1kg rm35(selagi stok masih ada) harga pasaran rm45-50
*Kambing kacukan utk akikah korban,kenduri rm600-700 bergantung pada saiz.
Harga boleh runding.
*Kambing boer betina umur 5-8 bulan gred F2-F5 (ada yg dah bunting) harga rm800-1050.
Harga boleh runding bergantung kuantiti yg dibeli.
*Kambing boer jantan umur 9 bulan -16 bulan gred F4-purebreed harga rm1200-1700

Ahad, 10 Ogos 2008

Bagaimana untuk hubungi kami?

Jumpa kami di:

(Alamat ladang)
TOK SERI BUAK AGROFARM
Kg. Bukit Buak, Bt.13, Jalan Labu,
71900, Labu, Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus

Atau:
Hubungi kami:
AMRAN (012-6357369)
SHAMSUL (016-2921546)
AMER (012-9049572)

Anda boleh juga e-mail kami di:-

bseribuak@yahoo.com

Selasa, 8 Januari 2008

Photo Gallery







Diatas adalah beberapa gambar yang diambil dari ladang

Jumaat, 28 Disember 2007

Produk

Jualan produk yang disediakan antara lain termasuk lah:

* Menjual baka kambing Boer F1-F5 ,pure breed & full blood
* Menjual kambing kacukan untuk tujuan KORBAN , AQIQAH, KENDURI dll.
* Menjual baja organik yang telah diperoses dan belum diperoses
* Membekalkan ubat-ubatan dan goat pellet (Sin Heng Chan) (untuk kawasan Nilai dan
Labu, Negeri Sembilan sahaja)
* Menjual susu kambing
* Menjual benih rumput Napier
* Daging kambing boer segar yang siap dipack & carcass.